|
Annyeonghaseyo
I'm CROWN forever. Taken by Lala Nabyla. Archive Credits |
aku dan sahabat (bab 4) Rabu, 29 Mei 2013 | 0 Comments
assalammualaikum
aku dan sahabat
bab 4
setelah tiba dirumah akim , aku terus ke dapur mengambil cawan dan menuangkan air suam , disebabkan pertumpahan darah yang berlaku dirumah membuat aku sangat dahaga . akim datang kepada aku dengan memakai singlet , dia bertanya ' kenapa kau tak pukul dia masa dia tengah acukan pistol kat aku ?' aku terdiam untuk beberapa saat kemudian aku menjawab ' manalah aku tahu yang kau tadi tu ' . akim tersenyum .
tiba-tiba aku teringat persoalan yang berada diminda aku di sepanjang perjalanan pulang . aku memandangnya dan bertanya ' apa hubungan kau...' belum sempat aku menanyakan soalan tu akim dah menyampuk dia berkata 'aku dengan roy ? itu yang kau nak cakap hermmm , ia dah berlaku lebih 5 tahun dulu ... ' akim sudah memulakan ceritannya aku tekun mendengar ceritanya .
5 tahun yang lalu akim ialah seorang kawan baik dengan roy mereka sudah kenal dari kecil . akim dengan roy lah telah menaikkan kumpulan kongsi gelap ini . tapi disebabkan ketamakkan roy dia sanggup membelot akim , dia menyuruh akim pergi ke langkawi untuk mengambil dadah yang diimport dari amerika . setelah tiba di langkawi akim segera berjumpa dengan seseorang dan dia menjalankan tugasnya seperti biasa . dalam perjalanan pulang akim mendapat panggilan bahawa keluarga dia mak , ayah , adik lelakinya dibunuh . akim berasa sangat pilu . dia segera pulang ke tanah air kemudian dia sudah nampak ramai orang berkumpul di depan rumah nya dia melihat ada beberapa buah kereta polis dan ambulans dan dia ternampak seorang anggota polis menangkat mayat bapanya .
kemudian dengan air matanya yang mengalir dia pergi jumpa roy , ketika dia jumpa roy di berkata kepada ' roy ! keluarga aku ! semua mati ! ' . roy tersenyum lalu dia berkata ' janganlah sedih kau akan mengikut keluarga kau mati termasuk isteri kau yang mengandung itu ' akim terkejut dengan tindakannya . tiba-tiba akim terdengar satu suara yang menangis suaranya itu seiras dengan isterinya . akim menoleh kepalanya dia di sebelah kiri dia ternampak ada seseorang perempuan tangannya di ikat dan menangis dan perutnya bunting . akim terkejut perempuan itu ialah isteri dia yang sedang mengandung anak sulungnya.
akim menjadi sangat marah dia berlari ke arah roy lalu dia ditahan oleh pengawal pribadi roy . roy memandang lelaki yang berdekatan dengan isterinya dan roy menanggukkan kepalanya seperti ada maksud disebalik isyarat itu . lelaki yang berbaju hitam itu mengeluarkan pistolnya lalu melepas tembakan ke kepala isteri akim . akim sangat marah . dia menjadi semakin kuat dia melawan pengawal pribadi yang cuba untuk tahannya dan disitulah berlakunya pertumpahan darah roy dilarikan oleh pengawalnya setelah ternampak akim mengamuk . akim segera mencapai pedang yang digantung di diding lalu dia melibas kepada semua orang yang cuba untuk melawan . ketika sedang berlawan ada seorang lelaki cuba untuk menikam akim dari belakang belum sempat dia menikam akim sudah ternampak . dia dengan segera membaling pisau itu ker akim disebabkan balingannya itu mata akim dibelah kiri terkena pisaunya akim mengerat lehernya ,aku terdiam dengan cerita akim aku turut sedih dengan ceritanya . akim berkata ' esok kau ikut aku , ada latihan untuk kau '
|
Catat Ulasan